TERKINI
Pendapat Politik

Rakyat sudah penat dengan politik.

May 18, 2020 8:03 pm – Aliff

*RAKYAT MELIHAT 4 FAKTOR JAUH LEBIH PENTING DARI KEMPEN ‘MUHYIDDIN KHIANAT’ ANJURAN TUN M*

Merujuk kepada video sidang media anjuran Tun M membahas titah ucapan DYMM YDPA semakin jelas, kempen Tun M yang hanya disokong kurang dari 6 ahli parlimen PPBM semakin hambar.

Tun M semakin tiada alasan selain terus-terusan menggunakan ‘parti politik’ yang telah lama diistilah tidak relevan sejak DYMM YDPA umumkan TSMY sebagai PM8.

Tun M yang disokong oleh kurang 6 orang ahli parlimen PPBM itu masih beremosi dan susah menerima pemilihan TSMY dan sokongan ke atas PN sebagai kerajaan baru bukan atas tiket parti politik.

Ia adalah berdasarkan kerusi parlimen individu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya perlantikan TSMY dan kerajaan pimpinannya SAH di sisi undang-undang, maka kerajaan TSMY adalah BUKAN KERAJAAN HARAM dan perlu disokong.

Alasan ‘Muhyiddin Khianat’ adalah terlalu kecil untuk membangkitkan gelombang perjuangan baru berbanding dengan kehendak Rakyat.

Tuntutan Rakyat untuk keselamatan dan kesihatan memerangi Covid19; Penolakan Anwar Ibrahim sebagai PM; Penolakan Rakyat terhadap DAP; dan Penolakan Rakyat terhadap penyangak UMNO yang tidak diterima TSMY dalam kabinet adalah 1000 kali lebih penting dari kempen ‘Muhyiddin Khianat’ anjuran Tun Mahathir.

Feriz Omar
Presiden
Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Di masa corona virus ini, Anda mengharap bantuan tunai dari kerajaan atau anda mengharapkan supaya anda boleh kembali bekerja ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa
Live COVID-19 statistics for
Malaysia
Confirmed
5,482
Recovered
3,349
Deaths
92
Last updated: 1 month ago
covid
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.
Live COVID-19 statistics for

Malaysia