TERKINI
Pendapat

Punca Kerajaan PH tumbang – tiada kesepakatan

May 18, 2020 1:52 pm – Kamal Hafiz

Kenapa mereka keluarkan rakaman mesyuarat ini ? Kenalilah watak2 pahlawan PH. Syabas.

Nak cari salah siapa Kenapa Mahathir letak jawatan ?

Ringkasan penuh rakaman audio Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Febuari 2020. Mereka bercakaran sesama mereka.

1. (Minit ke 7) Tan Sri Muhyiddin menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir kekal sebagai PM.

2. (Minit ke 13) Syed Saddiq menyelar Bendahari PKR yg mendesak Tun melepaskan jawatan & tidak bersetuju dengan usul yang dibincangkan.

3. (Minit ke 17) Radzi Jidin nyatakan beliau tinggalkan kerja 20 tahun di Australia untuk berkhidmat pada negara, hentam PKR & sokong Tun Mahathir kekal sebagai PM.

4. (Minit ke 22) Khalid Samad cadang DS Anwar Ibrahim dilantik dalam kabinet. Khalid ingatkan bahawa mesyuarat (transisi kuasa) perlu dilakukan demi menjamin kelicinan proses.

5. (Minit ke 33) Anthony Loke bersetuju dengan Khalid Samad dan cadang Tun dikekalkan dalam cabinet selepas peralihan kuasa.

6. (Minit ke 36) Azmin Ali memuji Tun dan mengadu diserang secara terbuka dalam Keadilan serta digelar ‘Barua Mahathir’. Azmin turut menghentam DS Anwar Ibrahim. Azmin menyatakan tidak wujud “timeline ‘ peralihan kuasa…

…Azmin sokong Tun kekal sebagai PM dengan mempertahankan Perdana Menteri mengikut Perlembagaan dan menolak peletakan jawatan selepas APEC. Azmin turut bersetuju dengan Syed Saddiq yang menolak peletakan jawatan selepas APEC.

7. (Minit ke 46) Saifuddin Nasution selar ucapan Azmin. Saifuddin bagitahu sewaktu retreat PH, dan waktu itu salah seorang individu dalam mesyuarat (dikatakan Azmin) menyatakan ketidak setujuan Tun Mahathir sebagai PM-7 kerana faktor umur yang membantutkan agenda reformasi.

8. (Minit ke 57) Kula berucap between us there are movement at bacground people gathering SDs and all. Very difficult for us as coalition to understand. Sindir Azmin why should we go to Parliament etc to decide a PM?

9. (1:03:00) Zuraida Kamaruddin menyokong kenyataan oleh Azmin Ali. Mandat perlu diberi terus kepada Tun dan kemudian kita serahkan kepada Tuhan tentukan ajal.

10. (1:09:50) Gobind Singh cakap takkan nak bagitahu rakyat Tun Mahathir sebagai PM full term 5 tahun sedangkan sebelum pilihanraya kita janji 2 tahun saja.

Syed Saddiq cuba mencelah – Gobind balas.
Azmin minta jelaskan timeline 2 tahun.
Gobind balas: “I think you don’t understand what i said.”

Syed Saddiq cuba mencelah balik(melalut pasal konon semua org duk push Atuk utk bg tarikh letak jawatan). Gobind balas, “Why are you so emotional?”

Gobind sambung ucapan. Gobind nyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

11. (1:14:00) Tian Chua (mungkin). Nyatakan terpulang kepada PM siapa yang dia mahu berada di dalam kabinet. Semua orang perlu nyatakan sokongan kepada Kerajaan hari ini.

12. (1:19:00) Tun Mahathir mencelah. Sepatutnya dia tak layak menjadi pengerusi majlis kerana banyak perkara yang dibincangkan adalah tentang dirinya.

13. (1:21:14) Azmin Ali sekali lagi mencelah dan menghentam PKR. Terus nyatakan sokongan dan kpd Tun “berikan ketaatan & kesetiaan kepada Tun.

14. (1:24:14) Anthony Loke mencelah mengatakan kita perlu ‘move on’.

Lew Ching Tong (mungkin): LCT memetik konsensus sebelum PRU – perlantikan Tun sebagai PM dan serah jawatan secepat mungkin.

15. (1:35:14) Tun tegaskan kita perlu mencapai keputusan dalam mesyuarat ini.

16. (1:35:14) Syed Saddiq: I think the formula is there. We agreed not to set timeline before the election. We also agreed to succession will go to Anwar. You can check on records, no BERSATU leaders ever questioned Anwar as succession.

Anthony Loke: We are not here to pressure Tun but here to discuss. You assume it all attacks when it’s not. Sekarang ni, not question of pressuring Tun but we wanna find a solution.

17. (1.43.29) Anthony Loke:can I suggest 4 point and work on a statement based on that:

1. Recognising as coalition we able to work together to bring down Najib.
2. Recongnising Mahathir as PM ke 7 and Anwar as PM ke 8.
3. Menyokong Tun sebagai PM dan tun melepaskam jawatan selepas APEC.
4. Tiada sesiapa akan mempersoalkan apa yang ditetapkan oleh Majlis Presiden.

18. (1:48:09) Azmin Ali mencelah dan Azmin kata transisi perlu tertakluk pada Parlimen. Azmin nyatakan tahun 2003 dengan sekarang berbeza. Masa tu UMNO backbone di Parlimen. MCA MIC are two small parties . Sekarang coalition govt…
…Maka kita perlu berpegang pada keputusan 23 November. Jangan impose timeline.

Khalid mencelah Azmin. “Nobody want to pressurized or impose. Let Tun clear out everything. Selagi date tak ditetapkan. Akan timbul instability. Tun is the person who can decide. What date?”

19. (1:53:00) Tun: “Masa saya sebut 2 tahun saya tak tahu masalah dlm kerajaan. Sbb tu saya sebut lepas APEC. Today even more problem mcm Coronavirus. Thats why if i said if i want to resign i resign. Its already decide after APEC. No date. Kalau nak terima,terima taknak sudah.”

Khalid Samad: Bila after APEC? 1 year after APEC? (Meeting kecoh).

Saddiq mencelah.

Mat Sabu: Kita kena solid dengan PH. Takpalah kalau takda date. Tapi janganlah benarkan usul PAS nak bawa usul sokong Tun. Jangan biarkan Pembangkang pecahkan kita.

Saddiq mencelah (lagi)
Zuraida (out of sudden): Allah taala menentukan ajal.

20. (1:57:55) DS Anwar pertahankan Tun Mahathir dalam mesyuarat biro politik PKR yang mendesak peralihan kuasa. Beliau memberi jaminan tindakan (parti) akan dikenakan ke atas pihak yang menganggu gugat kestabilan kepimpinan negara.

DS Anwar turut persetujui peralihan kuasa selepas APEC tanpa ketetapan tarikh. DS Anwar memberi amaran kepada pimpinan PKR supaya tidak menyerang isu peralihan kuasa. Beliau melarang pimpinan PKR adakan mesyuarat dengan NGO-NGO yang mendesak peralihan kuasa.

DS Anwar meminta Majlis berlapang dada menerima keputusan peralihan kuasa selepas APEC tanpa ketetapan tarikh. DS Anwar memberi amaran dan gambaran bahawa pengkhianatan akan berlaku dari “tangan-tangan” yang kononnya menyatakan sokongan pengekalan Tun sebagai PM.

Beliau turut meminta kesemua pihak meletakkan kesetiaan kepada pimpinan dan parti. DS Anwar jelaskan keperluan SD (Akuan Bersumpah) Tun sebagai PM-7 dan beliau sebagai PM-8 supaya kebersamaan dan kesetian Wakil Rakyat parti terjamin & juga untuk mengelakkan pengkhianatan berlaku.

21. (2:05:20) Azmin persoalkan kenapa Tun tidak dikekalkan sehingga habis penggal & adakah ini pengkhianatan kepada Tun.

22. (2:06:06) Khalid Samad balas Azmin. “the real pengkhianatan is bawak masuk UMNO, Pas dalam PH”

23. (2:08:55) Tun kata dia akan letak jawatan selepas APEC.

24. (2:16:35) Mat Sabu kata kalau semua nak buat keputusan ikut parti masing2, baik jadi pembangkang balik.

25. (2:18:20) Anwar serah semua keputusan kepada Tun. “Consensus serah pada Tun saja. I concede serah saja pada Tun. I will be there.” PC juga diserahkan kepada Tun kukuhkan imej keputusan bersama.

26. (2:25:00) Tun kata, “I will decide, if you trust me, I will decide, but I won’t have to tell you when, it may be one day before parliament is dissolved.”

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Di masa corona virus ini, Anda mengharap bantuan tunai dari kerajaan atau anda mengharapkan supaya anda boleh kembali bekerja ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa
Live COVID-19 statistics for
Malaysia
Confirmed
5,482
Recovered
3,349
Deaths
92
Last updated: 1 month ago
covid
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.
Live COVID-19 statistics for

Malaysia