TERKINI
Dalam Negara Politik

Kenapa syarikat pembinaan yang dapat kontrak kesihatan ?

May 6, 2020 4:34 pm – Aliff

PETALING JAYA: Bekas penasihat komunikasi dan media Dr Mahathir Mohamad, A Kadir Jasin mempersoalkan pemberian kontrak Kementerian Kesihatan (KKM) didakwa bernilai RM30 juta kepada sebuah syarikat yang tiada rekod prestasi dan dimiliki ahli perniagaan Cina.

Blogger itu berkata, pemberian kontrak itu yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin melanggar syarat kerajaan sebuah syarikat perlu mempunyai ahli lembaga pengarah Bumiputera.

“Isu paling sensasi ialah kalaulah benar kerajaan Perikatan Nasional ini kerajaan Melayu-Islam seperti yang diuar-uarkan para penyokongnya, mengapakah kontrak itu diberikan kepada syarikat bukan Melayu dan bukan Islam?

“Apakah tidak ada syarikat Melayu-Islam yang layak melaksanakan kontrak itu?” soal pengkritik Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin itu dalam catatan di Facebook.

Kadir mendakwa semua ahli lembaga pengarah dan pengurusan syarikat itu terdiri daripada orang Cina.

Wartawan veteran itu turut mendapati surat pelantikan kontraktor itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dr Chen Chaw Min yang kebetulan berbangsa Cina.

“Tetapi, masakan dia seorang memandai-mandai meluluskan kontrak sebesar itu?”

Beliau turut mempersoalkan kenapa kontrak membekalkan peralatan perubatan itu diberikan kepada sebuah “syarikat tidak dikenali yang bergiat dalam sektor hartanah” dan “tidak tahu apa kepakarannya dalam bidang saintifik”.

“Ada banyak syarikat ternama dan teruji dalam bidang perubatan, kesihatan dan saintifik, termasuk milik GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

“Mengapa tidak diberikan kepada mereka, tetapi kepada syarikat yang tidak dikenali, tidak teruji dan bergiat dalam bidang yang tidak kena-mengena dengan perubatan?”

 

 

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Di masa corona virus ini, Anda mengharap bantuan tunai dari kerajaan atau anda mengharapkan supaya anda boleh kembali bekerja ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa
Live COVID-19 statistics for
Malaysia
Confirmed
5,482
Recovered
3,349
Deaths
92
Last updated: 1 month ago
covid
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.
Live COVID-19 statistics for

Malaysia