TERKINI
Buletin Dalam Negara

Soalan Lazim Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

May 4, 2020 1:07 pm – Arman Danial

PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

1.    AKTIVITI YANG DILARANG DALAM TEMPOH PKPB

  •  Mengapakah aktiviti agama berjemaah di masjid dan surau masih dilarang dalam tempoh PKPB?
    Ianya selaras dengan keputusan semasa kerajaan atas pertimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagaimana yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Adakah kerajaan telah mendapat nasihat daripada mufti-mufti seluruh negara?
    Ya. Segala nasihat dan pandangan Ashabus Samahah Mufti-Mufti telah disampaikan melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang telah dijalankan sebanyak 4 kali sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan.

2. GARIS PANDUAN AKTIVITI AGAMA DI MASJID DAN SURAU

  • Adakah garis panduan ibadah di masjid dan surau telah disiapkan?
    Ya. Garis panduan tersebut telah disiapkan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ia telah di bentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-4 pada 30 April 2020. Mesyuarat ini dihadiri oleh para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia dan Ahli-Ahli Dilantik MKI. Ia dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh.
  • Jika garis panduan telah disusun dan dibentangkan, mengapa ia belum dilaksanakan?
    Pelaksanaan garis panduan tersebut tertakluk kepada arahan Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa serta kebenaran dari KKM dan MKN. Buat masa ini – berdasarkan pertimbangan pihak-pihak berwajib – kerajaan memutuskan sebarang bentuk aktviti agama berjemaah di masjid dan surau masih dilarang dalam tempoh PKPB.

3. PEMBUKAAN SEMULA MASJID DAN SURAU BAGI AKTIVITI AGAMA

  • Adakah wujud kebarangkalian ia dilaksanakan dalam waktu terdekat?
    Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan yang disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat Malaysia secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat KKM dan MKN.
  • Apakah yang menjadi pertimbangan utama kerajaan sebelum membenarkan solat Jumaat dan lain-lain diadakan di masjid?
    Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik.
  • Siapakah pelaksana bagi garis panduan yang bakal diputuskan tersebut?
    Urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri. Hal ini jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, jika pelaksanaan garis panduan tersebut telah mendapat kelulusan di peringkat Persekutuan, ia tetap tertakluk kepada pertimbangan pihak berkuasa utama di negeri-negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
4 Mei 2020 bersamaan 11 Ramadhan 1441H

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Di masa corona virus ini, Anda mengharap bantuan tunai dari kerajaan atau anda mengharapkan supaya anda boleh kembali bekerja ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa
Live COVID-19 statistics for
Malaysia
Confirmed
5,482
Recovered
3,349
Deaths
92
Last updated: 1 month ago
covid
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.
Live COVID-19 statistics for

Malaysia