TERKINI
Bisnes Politik

Lembaga Pengarah Khazanah Nasional dipersoal ?

April 3, 2020 12:00 pm – Zulkiflee Azmee

Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad adalah ditubuhkan kerajaan Malaysia daripada acuan Dasar Ekonomi Baru (DEB ) serta Dasar utama untuk membantu serta memayungi bangsa Melayu dalam sektor ekonomi dan sektor korporat namun DEB dikatakan telah gagal dan rosak di waktu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan 2 tahun, ramai kononnya pejuang Melayu dari kalangan Umno dan Pas mempertikaikan perlantikan kaum Cina sebagai Ahli Lembaga Pengarah didalam khazanah Nasional Berhad.

Sewaktu itu dikatakan cuma 2 orang sahaja Lembaga Pengarah berbangsa cina. Tetapi sekarang menurut portal Free From Agenda (FFA)sekarang ditambah sudah menjadi 3 orang lembaga berbangsa Cina dan dikatakan dari parti MCA, kini berada didalam Khazanah Nasional Berhad.

Lantikan lembaga pengarah berbangsa Cina dari parti MCA itu didakwa sengaja dilakukan secara senyap-senyap, di mana rakyat kini sibuk menghitung hari PKP – Covid 19. Tiada pengumuman dibuat tentang perlantikan lembaga pengarah dari parti MCA ini didalam Khazanah. Menurut sunber berita itu lagi, cuma disebut 3 orang sahaja iaitu PM, Menteri MOF dan Azlan Hashim. Tiada makluman pun berkenaan ahli lembaga pengarah baru dari parti MCA Iaitu Goh Chin Ying. Dengan demikian, objektif itu didakwa sememangnya sengaja disenyapkan daripada diketahui bangsa Melayu.

Kerajaan Pakatan Nasional kini yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, takut ianya menjadi isu besar negara seperti mana dulunya dimana ketika PNB ingin melantik ahli korporat berbangsa cina dari Eco World, Dato Voon sebagai CEO Sime Darby Property yang baru mengantikan Dato Wan Hashimie. Sedangkan jawatan CEO tersebut adalah hak milik bangsa Melayu.

Jika benar, ini merupakan satu kerugian bagi bangsa Melayu, kerana kononnya kerajaan PN Yang dikatakan pejuang Melayu Islam itu, hari ini terus melantik bangsa cina dari parti MCA sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang sepatutnya menjadi hak orang Melayu. Nyata dengan cuma 2 kerusi Parlimen sahaja parti MCA mampu menguasai atau mempengaruhi Kerajaan melalui khazanah. Portal itu menekankan lagi, bagaimana pula jika Parti MCA mempunyai berpuluh-puluh kerusi Parlimen ?

Adakah pejuang Melayu Umno dan Pas sudah tidak bersuara lagi ? Adakah kini akan ada pula suara rakyat Malaysia akan menyalahkan MCA, seperti dahulu semuanya menyalahkan DAP ?

Maklumat selanjutnya menyusul .

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Di masa corona virus ini, Anda mengharap bantuan tunai dari kerajaan atau anda mengharapkan supaya anda boleh kembali bekerja ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa
Live COVID-19 statistics for
Malaysia
Confirmed
5,482
Recovered
3,349
Deaths
92
Last updated: 1 month ago
covid
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.
Live COVID-19 statistics for

Malaysia